Kunjungan ke rumah Mohd Shahril di Taman Maju, Jasin, Melaka

Jasin, Melaka. 2 Jun 2025. Akhirnya hasrat untuk mengunjungi Mohamad Shahril di rumahnya di Taman Maju, Jasin, Melaka kesampaian. Kunjungan ini lantaran dari musibah penyakit yang dilalui oleh isteri beliau, Puan Norazliza yang terkena serangan angin ahmar (stroke) kira-kira dua bulan yang lalu. Akibat dari itu, bahagian badannya sebelah kiri mengalami masalah pergerakan angggota badan.

Menurutnya Shahril lagi, berbagai kaedah rawatan telah dilaksanakan termasuklah urutan tradisional yang kian menampakkan hasilnya sehingga isteri beliau mampu bergerak dan berjalan sendiri, berbanding pada awalnya tidak mampu berbuat apa-apa. Banyak perubahan yang berlaku.

Biro Kebajikan Persatuan Bekas Jurulatih Mekanis, Sulaiman Barry dari Seremban telah mengambil inisiatif mengaturkan kunjungan atau ziarah ke rumahnya yang turut disertai oleh beberapa orang sahabat-sahabat yang berdekatan  dari Melaka dan Muar.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar isteri Shahril segera sembuh seperti sediakala dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran dengan cahaya mata seramai 7 orang rata-ratanya masih kecil, yang sulung berusia 17 tahun.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *